daengazzli.com

Grup Whatsapp Yang Menjaga Da wah ini tidak akan tertegak hanya dengan majlis majlis ilmu perancangan strategik networking yang luas pemikiran kreatif dan kritis serta kewangan yang teguh

Grup Whatsapp Yang Menjaga
Da'wah ini tidak akan tertegak hanya dengan majlis-majlis ilmu, perancangan strategik, networking yang luas, pemikiran kreatif dan kritis, serta kewangan yang teguh.
Ia meminta 'amal yang istiqamah terutama dalam urusan ibadah khusus dengan Allah. Amalan melazimi AlQuran, zikir, salawat dan doa, tak dapat ditukarganti dengan kesibukan berjuang mengurus dunia.
Untuk pasakkan disiplin amal, kekuatan tim/jamaah perlu dimanfaatkan. Antara usahanya, tim pengurusan Dzul Iman mewujudkan grup whatsapp khas untuk itu. Grup 'Sayang Quran' ini sebagai medan membentuk peribadi. Membina istiqamah, memagar diri dengan pengaruh positif dan bi'ah solehah.
Dengan tujuan dan adab yang jelas, tugasan yang fleksibel dan tidak membebankan, grup yang ringkas ini mengerakkan amar ma'aruf secara berterusan dan tersusun. Ia menjadi indah bila seluruh ahli saling mengambil peranan dalam memberi dan berpesan.
Allah rahmati adik-adik solehah, yang bersedia mendidik diri, bersedia dididik dalam jamaah ini, dan sentiasa bersedia memberi. La haula wala quwwata illa billah ?
#pendidikterdidik
22/09/2021

Tinggalkan Balasan

Tên của bạn *
Email *
Cảm nhận *