daengazzli.com

Bismillah Written syllabus bukanlah wajah sebenar sesebuah institusi pendidikan

Bismillah
'Written syllabus' bukanlah wajah sebenar sesebuah institusi pendidikan. Yang paling terkesan dalam didikan anak adalah 'hidden syllabus' yang berlaku setiap hari di institusi tersebut.
'Hidden syllabus' ini adalah tatacara, method atau adab guru dalam berinteraksi dengan anak. Jika guru memuliakan anak, bercakap dengan bahasa positif, bertanya soalan-soalan yang menggilap budaya berfikir, pasti anak terdorong untuk prihatin dan memuliakan orang lain, serta bersemangat meneroka ilmu tanpa rasa takut atau terpaksa.
Di Malaysia, kegagalan melaksanakan 'hidden syllabus' ini dengan baik, adalah dipengaruhi oleh tekanan peperiksaan, jumlah subjek yang banyak dan sukatan pelajaran yang memasukkan pendetailan yang tidak diperlukan anak. Maka guru terkejar-kejar menghabiskan silibus dan memastikan anak dapat menjawab peperiksaan. Keadaan ini menyukarkan mereka untuk kekal memperhatikan bahasa yang sentiasa positif serta interaksi yang menggilap pemikiran dan keperibadian anak.
Antara langkah yang diambil bagi memberi ruang pendidikan yang positif dan beradab ini berlaku ialah dengan mengurangkan jumlah sukatan pelajaran dan menghilangkan tekanan peperiksaan di usia awal anak-anak. Fokus guru kepada 'hidden syllabus' dapat diperkemas bagi memastikan pembinaan peribadi berlaku dengan berkesan. Kesedaran pada keutamaan ini, dapat dilihat dengan kecenderungan ibu ayah yang memilih 'homeschooling' atau sekolah swasta yang tidak berorientasikan peperiksaan.
Hatta silibus sekolah agama pun boleh kehilangan maknanya apabila 'written syllabus' menjadi terlalu banyak serta dibebani lagi dengan peperiksaan. Keperluan merombak semula silibus seperti Kafa, boleh dirasai dengan bertambahnya anak-anak muda yang tahu agama tetapi tidak mahu hidup beragama, yang menghafal tatacara solat taubat, tapi tidak merasa bersalah meninggalkan solat. Kitalah yang melahirkan generasi anak muda ini. Kitalah juga yang perlu memberikan solusi.
La quwwata illa billah!
Keutamaan ini dibincangkan dalam perjumpaan ibubapa Dzul Iman Quranic Lifeschool pada Sabtu lalu :)
Catatan dua tahun lalu, 11 Januari 2016. Moga bermanfaat.
#dzuliman20tahun
22/09/2021

Tinggalkan Balasan

Tên của bạn *
Email *
Cảm nhận *