daengazzli.com

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. ?
PBJ@Pertubuhan Barokah Jumaat
Kami bermula dengan aktiviti Kenduri Jumaat di masjid Raja Hj Fisabilillah, Cyberjaya dengan menjamu makan tengahari kepada tetamu-tetamu Allah yang datang untuk solat setiap Jumaat. Aktiviti kami kini diperluaskan dengan tertubuhnya PBJ di mana kami mula menyediakan kemudahan bermalam bagi pesakit dan waris pesakit dari IKN (Institut Kanser Negara) di rumah PBJ yg terletak di Cyberjaya secara percuma. Kemudahan disediakan di rumah PBJ adalah transit sementara untuk pesakit dan waris yang kurang berkemampuan. Kami juga mengadakan kelas-kelas tuisyen percuma untuk murid-murid tahun 4 & 5 yg kurang berkemampuan dari Sekolah Cyberjaya yg juga bertempat di rumah PBJ.
Sempenan Ramadhan yg bakal tiba, Food Basket merupakan projek terkini yg mana akan kami sampaikan kepada keluarga-keluarga yg kurang berkemampuan. Keluarga-keluarga ini dikenalpasti melalui latar belakang pelajar-pelajar sekolah di sekitar Dengkil, Ampang dan Kuala Terengganu dengan kerjasama beberapa orang guru.
Oleh itu, infaq dari Tuan-tuan dan Puan-puan amat kami hargai agar kita sama-sama mendapat barokah di bulan Ramadhan yang mulia ini.
Terima kasih. ?
20/09/2021

Tinggalkan Balasan

Tên của bạn *
Email *
Cảm nhận *

Artikel berkaitan