daengazzli.com

Arkib 08/2021

Dijual Pelbagai koleksi Snapback New Era Original di Bizpark Ulu Tiram

Dijual. Pelbagai koleksi Snapback New Era Original di Bizpark Ulu Tiram. Dibawakan khas oleh Japonika Murasaja dari Dubai dan Eropah buat kalian semua. Harga dijamin tidak keras. RM149 sahaja setiap satu tidak termasuk Poslaju. Preloved juga ada dijual dengan harga dari RM50 setiap satu.
Google lokasi Bizpark Ulu Tiram. Terus datang ke sini. Dibuka setiap hari bermula 9:00 pagi hingga 11:00 malam. Datang woi sebelum barang yang kau minat habis.
Ikram Al-Banjari
Saudagar Jalanan
.
.

Dijual Beberapa ketul koleksi rare Marvel Transformers berjenama Takara Tomy yang diterbangkan khas dari Jepun

Dijual. Beberapa ketul koleksi rare Marvel & Transformers berjenama Takara Tomy yang diterbangkan khas dari Jepun. Datang terus ke Bizpark Ulu Tiram Johor untuk berhuhuhu secara berjemaah di bucu meja.
Abang tengah semangat ni. Maklumlah toko barangan koleksi baru sahaja dibuka. Hashtag #hobikamimahal .
.

Terima Kasih orang Johor Kalian memang luarbiasa sekali Ada yang datang dari Mersing Segamat Muar Tangkak dan sanggup memandu jauh ke Bizpark Ulu Tiram untuk hadir ke sesi ini

Terima Kasih orang Johor! Kalian memang luarbiasa sekali. Ada yang datang dari Mersing, Segamat, Muar, Tangkak dan sanggup memandu jauh ke Bizpark Ulu Tiram untuk hadir ke sesi ini.
Next di Putra Heights minggu depan ya. Edisi Selangor dan ianya 100% Percuma. Takda apa yang istimewa pun. Sembang-sembang dan conteng-conteng whiteboard sahaja.
Semoga bermanfaat ya !
Ikram Al-Banjari
Saudagar Jalanan
.
.

Sudah namanya pun program Jelajah Malaysia

Sudah namanya pun program Jelajah Malaysia. Kau jangan bimbang dik. Abang akan pergi ke setiap negeri. Kalian cuma perlu set Ikram Al-Banjari dengan keutamaan #seefirst sahaja agar tidak terlepas info.
Ini program khidmat masyarakat abang untuk rakyat Malaysia khususnya orang yang baru nak mula berniaga. Abang usahakan sekadar yang termampu. Nak bagi seorang sebuah rumah abang belum mampu. Cukuplah abang hadiah sebuah perjumpaan. Sweet tak ?
Kau datang sajalah di lokasi yang abang sudah umumkan. Sebagai contoh, bila abang umumkan mahu buat di Putra Heights, janganlah kau tanya, “ Shah Alam bila pula bang ? “. Abang rotan kau nanti. Datang sajalah. Bukan abang caj pun, Free kot.
Jangan sampai abang buat program dalam hati kau pula nanti. Siapa nak tanggung kos ?
Ikram Al Banjari
Saudagar Jalanan
???????

Salam silaturahim buat semua rakan fb dan follower baru

Salam silaturahim buat semua rakan fb dan follower baru. Selamat Berkenalan ya!

Jangan give up Buat saja Memang penat memang susah memang perit memang lambat

Jangan give up. Buat saja. Memang penat, memang susah, memang perit, memang lambat.
Kejayaan perlukan masa. Bila kita sudah bersedia, ia datang menjelma. Rezeki tidak pernah terlambat. Kita yang selalu saja terlewat.
Allah Allah luaskan rezeki untuk kami semua. Amin Amin.
Ikram Al-Banjari
Saudagar Jalanan
??✅??✅
#travellution

Saya pernah tulis cerita ini setahun yang lalu

Saya pernah tulis cerita ini setahun yang lalu. Bacalah, moga ia menjadi pengubat duka. #dramsyar

Berlambat lambat itu seolah olah kita sendiri mahu melambatkan rezeki

Berlambat-lambat itu seolah-olah kita sendiri mahu melambatkan rezeki.
Bermalas-malas itu seolah-olah kita sendiri yang malas menerima rezeki.
Bertangguh-tangguh itu seolah-olah kita sendiri yang mahu menangguhkan rezeki.
Berputus asa itu seolah-olah kita sendiri sudah tidak yakin dengan janji Tuhan.
Berputus harap itu seolah-olah kita sendiri sudah tidak bersyukur dengan rahmat Tuhan.
-----------------
Justeru, kalau mahu rezeki terus melimpah ruah kepada kita,
- Cepat-cepat sajalah.
- Rajin-rajin sajalah.
- Buat sajalah.
- Bersyukurlah.
Ohayo! Amin Amin.
Ikram Al-Banjari
Saudagar Jalanan
??❄️

Pagi ini aku bawa semua orang yang follow trip travellution ke Tokyo pergi bermain salji di Gala Yuzawa

Pagi ini aku bawa semua orang yang follow trip #travellution ke Tokyo pergi bermain salji di Gala Yuzawa. Dari Ueno, kami menaiki Shinkansen ( Bullet Train ) menuju ke sana. Perjalanan mengambil masa 90 minit untuk sampai ke destinasi.
Mengantuk. Orang di sebelah aku tengah baca doa Dhuha. Kenal siapa ?