daengazzli.com

Arkib 03/2019

Konvensyen Hewi II IKON II Sekalung tahniah dan penghargaan diucapkan kepada seluruh ahli jawatankuasa Konvensyen Hewi II IKON II yang diketuai oleh pengarahnya Saudari Rasyidah Afdzal atas kejayaan mengendalikan program ini dengan cemerlang

[Konvensyen Hewi II (IKON II)]
Sekalung tahniah dan penghargaan diucapkan kepada seluruh ahli jawatankuasa Konvensyen Hewi II (IKON II) yang diketuai oleh pengarahnya, Saudari Rasyidah Afdzal atas kejayaan mengendalikan program ini dengan cemerlang. Pengorbanan kalian disanjung tinggi dan kesudian kalian mengendalikan dan meneruskan program ini meski dalam tempoh peperiksaan amat dihargai.
Semoga program seperti ini dapat diteruskan untuk tahun-tahun yang akan datang dengan penambahbaikan dan idea-idea baru.
Semoga serikandi semua sentiasa di bawah lindungan rahmat dan redha Allah.
"Keizzahan Srikandi, Terpimpin Generasi"
#SrikandiPembangunUmmah
#BiahKitaBiahSolehah

Doa Akhir Ramadan Ya Allah jangan Kau biarkan Ramadhan pergi tanpa meninggalkan kesan keinsafan di hati2 kami

Doa Akhir Ramadan
Ya Allah, jangan Kau biarkan Ramadhan pergi tanpa meninggalkan kesan keinsafan di hati2 kami.
Ya Allah, jangan biarkan Ramadhan pergi tanpa membawa himpunan amal dan doa kami.
Ya Allah, jangan biarkan Ramadhan pergi tanpa islah dan kebaikan terhadap keperibadian kami.
Ya Allah, jangan biarkan Ramadhan pergi tanpa keampunan dosa2 kami.
Ya Allah, jangan biarkan Ramadhan pergi tanpa meninggalkan jejak2 ke syurga untuk kami.
Ya Allah, janganlah Kau biarkan Ramadhan pergi sebelum Kau tutup rapat pintu azab dan neraka Mu daripada tergelinciran kaki kami.
Ya Allah, lindungilah kami dari melakukan dosa dan kemaksiatan semasa dalam Ramadhan maupun selepas Ramadhan.
Ya Allah, sebelum mentari akhir Ramadhan berlalu pergi, Kau ampunilah kami dan Kau terimalah taubat kami.
Ya Allah, Kau sempatkanlah kami bertemu lagi dengan Ramadhan Al Mubarak yang akan datang.
Ya Allah, lindungilah semua anggota keluarga kami dari tipu daya dan fitnah dunia. Selamatkan setiap seorang dari kami dengan Iman dan taqwa.
Jadikan kami calon syurgaMu. Sempurnakan akhlak kami dan lindungi kami dari godaan syaitan dan hawa nafsu.
Ya Mujibbasailin.
Limpahilah kami dengan sifat2 kebaikan dan terpuji.
Jadikan kehidupan kami di dunia ini tenang dan penuh rahmah dan mawaddah.
_*Aamiin Ya Rabbal Alamiin.*_

Kenyataan akbar di dalam negeri seharusnya disebarkan dalam Bahasa Kebangsaan terlebih dahulu dan diikuti dengan Bahasa Inggeris dan sekiranya perlu Bahasa Cina dan Bahasa Tamil

Kenyataan akbar di dalam negeri seharusnya disebarkan dalam Bahasa Kebangsaan terlebih dahulu dan diikuti dengan Bahasa Inggeris dan sekiranya perlu, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil.
Jangan buat noob error wahai pihak kerajaan baru.
Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Kamu budak baru belajar
Kalau salah, kita tunjukkan
Jangan ikut ego sendiri sampai riak. Kerajaan terdahulu tumbang kerana gol jaringan sendiri. Kerajaan baru harus ditunjukkan cara mentadbir yang bersifat inklusif tetapi pragmatik. Pihak pentadbir yang mendapat mandat daripada rakyat perlu mengikut arus politik untuk mengelak daripada dihanyutkan perihal yang kurang masuk akal.
Sekian dan harap maklum.

Kalau sebut fasal cikgu sekolah cikgu yang paling saya ingat sekali tentulah Cikgu Sazali

Kalau sebut fasal cikgu sekolah, cikgu yang paling saya ingat sekali tentulah Cikgu Sazali.
Beliau merupakan guru disiplin sekolah kami. Era Cikgu Sazali adalah era pelajar kena sebat dekat bontot secara terbuka, kasut sekolah tak ikut piawaian digantung depan pejabat guru disiplin dan berkaki ayamlah kau sampai tamat waktu sekolah. Termasuk juga perkara biasa seperti kena gunting rambut yang tak ikut gaya sekolah dan telefon bimbit dirampas.
Kenangan paling gerun saya pernah hadapi: Pada suatu hari, sewaktu saya keluar dari kelas sebab nak ke tandas, tiba-tiba saya terdengar suara Cikgu Sazali jerkah kat entah siapa sampai senyap satu sekolah. Satu sekolah dengar jeritan beliau yang maha kuat tu. Terus I tak jadi ke tandas. Lari-lari anak masuk ke kelas semula. Dan suasana sekolah yang hingar tadi terus jadi 'krik... krik... krik'.
Cikgu Sazali jadi guru Bahasa Melayu kami semasa tingkatan tiga. Kami sebenarnya dah kecut perut, tapi tak sangka beliau sangat berbeza di dalam kelas. Lucu dan sangatlah ayah-ayah. Kelas beliau tak ada seorang pun ponteng, bukan sebab takut tapi sebab ia sangat menyeronokkan. Kelas 'release tension'.
Itulah kenangan saya bersama Cikgu Sazali. Saya percaya rakan-rakan sekolah saya juga pasti tidak melupakan beliau sebab beliau cikgu yang best! Doa buat semua guru yang pernah mengajar saya secara langsung mahupun tidak langsung. Terima kasih, cikgu.
Selamat Hari Guru, cikgu!
See Translation

Jom mendaftar sekarang SEBELUM TERLAMBAT Macam mana nak mendaftar NAH AMIK CARANYA 1 BUAT PEMBAYARAN KOS BAHAN RM50 60 70 rujuk pd jadual secara bank in atau transfer ke akaun Koperasi Kolej Komuniti Selayang

Jom mendaftar sekarang..
SEBELUM TERLAMBAT!!!
Macam mana nak mendaftar!!!
NAH AMIK CARANYA..
1. BUAT PEMBAYARAN KOS BAHAN (RM50,60,70..rujuk pd jadual) - secara bank in atau transfer ke akaun Koperasi Kolej Komuniti Selayang.
2. EMAILKAN BUKTI PEMBAYARAN BESERTA MAKLUMAT - nama kursus, nama peserta, no.kad pengenalan dan no.telefon.
3. NANTIKAN REPLY DARI KAMI UNTUK PENGESAHAN PENDAFTARAN.
Semudah 1,2,3
Seandainya tuan/puan memerlukan maklumat lanjut boleh hubungi kami di talian berikut:-
03-61201267
03-61368200
jpsh.kk@kkselayang.edu.my
Salah satu darinya pasti akan di balas

Aura warna mengikut psikologi Aura merah jambu memperlihatkan individu itu seorang yang tegas keras kepala tak berlagak dan selesa menjalani hidup dengan tenang

Aura warna mengikut psikologi.
.
.
Aura merah jambu memperlihatkan individu itu seorang yang tegas, keras kepala, tak berlagak dan selesa menjalani hidup dengan tenang.
Gabungan warna ungu pula memperlihatkan nilai kemanusiaan yang tinggi dan mudah memberikan perhatian kepada orang lain. Kadang-kadang kelihatan sombong meskipun prihatin sebenarnya.
Hari ni sengaja memilih gabungan dua warna ini untuk kombinasi ciri-ciri yang tersebut di atas.
Dalam ketenangan, usah dikejutkan harimau yang sedang tidur. Sambil dia tersengih, sambil tu dia menyeringai. Kejap lagi dia mengaum.
Aum.
.
.
Semoga bertahan.
Ada dua hari saja lagi.
See Translation

Nasehat untuk ana Al Imam anNawawiy rahimahullah menyatakan

Nasehat untuk ana
Al-Imam anNawawiy rahimahullah menyatakan:
وَقَدْ كَانَ بَعْضُ الْمُتَقَدِّمِيْنَ إِذَا ذَهَبَ إِلَى مُعَلِّمِهِ تَصَدَّقَ بِشَئْ ٍوَقَالَ اللَّهُمَّ اسْتُرْعَيْبَ مُعَلِّمِي عَنِّى وَلاَ تَذْهَبْ بَرَكَةَ عِلْمِهِ مِنِّى
Sebagian (Ulama) terdahulu jika berangkat menuju gurunya ia bershodaqoh dengan sesuatu kemudian berdoa: Ya Allah, tutuplah aib guruku dariku. Jangan hilangkan keberkahan ilmunya dariku (al-Majmu’ Syarhul Muhadzdzab (1/36), atTibyaan fii Aadaabi Hamalatil Quran (1/47))
Sumber buku untaian syair baru tentang adab murid dan guru
Tulisan Dr Muhammad Ardiansah.M.Pd.i (Alumni S3 Universitas islam ibnu khaldun bogor)

MENARIK SEPTEMBER 2018 Rhythms of Kinabalu ROK kembali lagi Program yang dinanti nantikan ini dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya dan dikelolakan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara JKKN Sabah akan diadakan pada 22 23 September

MENARIK SEPTEMBER 2018!!!!
Rhythms of Kinabalu (ROK) kembali lagi...Program yang dinanti-nantikan ini dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya dan dikelolakan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Sabah akan diadakan pada 22 & 23 September 2018 bertempat di Kompleks JKKN Sabah.
Pelbagai aktiviti dan persembahan Seni Budaya yang akan diadakan pada tahun ini antaranya:
i. Pertandingan Nyanyian Lagu-Lagu Sabah
ii. Pertandingan Masakan Makanan Tradisi
Untuk keterangan lanjut mengenai aktiviti-aktiviti yang akan diadakan sila berhubung terus di talian 088-237051 / 088-237052
#mysenibudaya #jkkn #ROK

kita memang patut berpendirian tetap dan berpegang teguh pada prinsip yg kita pegang selama ini walau apa pun ujian yg dihadapi

kita memang patut berpendirian tetap dan berpegang teguh pada prinsip yg kita pegang selama ini walau apa pun ujian yg dihadapi. tapi Islam tidak pernah mengajar untuk tetap menegakkan pendirian kita yang batil dan tidak berusaha langsung untuk mengubahnya walaupun kita sudah tahu pendirian yg kita pegang selama ni ialah salah.
Allah SWT berfirman :
“Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena nikmat Allah orang-orang yang bersaudara”
[Ali-Imran ; 103]

Sepanjang pengenalan saya dengan anak muda ini tidak pernah sekali saya lihat kata kata keluhan keluar dari mulutnya

Sepanjang pengenalan saya dengan anak muda ini, tidak pernah sekali saya lihat kata-kata keluhan keluar dari mulutnya. Inilah Ikhwan Nasser, anak muda yang tidak lokek dan tidak letih dengan kerja-kerja kemasyarakatan buat penduduk Bukit Mertajam.
Selaku individu yang lebih berpengalaman di dalam politik berbanding saya, dia juga tidak pernah lokek dan kedekut ilmu untuk memberi tunjuk ajar setiap kali diperlukan. Mungkin kerana kami memegang prinsip yang sama iaitu "politik sebagai platform untuk berbakti", saya sering kali pergi kepada beliau untuk mendapatkan tunjuk ajar dan sering kali berganding bahu untuk menjalankan program serta menyelesaikan isu masyarakat.
Untuk pemilihan PKR kali ini, beliau akan mempertahankan jawatan Ketua AMK Bukit Mertajam serta menandingi jawatan Timbalan Ketua Cabang PKR Bukit Mertajam. Mohon semua sahabat di dalam PKR cabang Bukit Mertajam dapat memberikan sokongan buat saudara saya ini.
Semoga kejayaan menjadi milikmu my brother!