daengazzli.com

Arkib 02/2019

Jom bina mahligai di syurga Masa niat sebelum bagi sedekah tu sebutlah sedekah tu daripada kita suami isteri mak abah kita adik beradik kita anak anak kita datuk nenek kita supaya dia orang pun dapat pahalanya

Jom bina mahligai di syurga. Masa niat sebelum bagi sedekah tu, sebutlah sedekah tu daripada kita, suami/isteri, mak abah kita, adik-beradik kita, anak-anak kita, datuk nenek kita... supaya dia orang pun dapat pahalanya:
1. Beli 1 kaki persegi tanah bernilai RM20 untuk diwakafkan kepada Surau Hj. Wan Ismail
No. Akaun Maybank Surau Hj Wan Ismail: 563091010061
2. Sumbangan ikhlas untuk menaiktarafkan Surau Al-Ikhlas Bandar Pulai Jaya, Ipoh.
No. akaun Maybank Surau Al-Ikhlas Bandar Pulai Jaya:
5580 3361 1681

Alhamdulillah akhirnya dapat jugak bertemu dengan bakal codi dan bakal sv dari team vdg

Alhamdulillah akhirnya dapat jugak bertemu dengan bakal codi dan bakal sv dari team vdg!
Lepas lebih dua jam dok bersembang, kenalpasti apa kesilapan yang dah buat tanpa sedar, apa ruang untuk diimprove, apa next action,
InsyaAllah bakal lahir
Codi september Aziroh Azizan
SV ogos Ainnur Shahirah
Percaya pada diri yang korang boleh lakukannya,
And just do it!!
U can achieve what u believe.
All the best azie dan ainnur! ??
Buat jangan tak buat naaa apa akak dok cerita petang tadi. ?
#VDGleaders

Durian ni berapa sekilo bang Belum apa apa penjual tu ambil sebiji dari sekian banyaknya durian atas rak display dia tu

"Durian ni berapa sekilo bang?"
Belum apa-apa penjual tu ambil sebiji dari sekian banyaknya durian atas rak display dia tu.
Diketuk-ketuk. Kalih pula sebelah lain, dia ketuk lagi. Terus takik dua kali. Sambil selak kulit durian, penjual tu tunjuk kat saya isi durian yang dia baru pilih tadi.
Tanpa banyak soal, saya angguk tanda setuju. Lepas timbang dan bagitahu harga, saya seluk poket bagi duit.
'Isi kuning tebal, rasa lemak manis, dan banyak ulas'
Itulah yang terbayang dalam otak saya masa otw balik. Tapi bila sampai rumah, bayangan tadi hanya tinggal bayangan.
Banyak kali juga saya beli durian, tapi selalu kena tipu. Paling mahal, rm50 sebiji tapi isi dalam hareyy.
Isi lembik. Rasa tawar. Paling hampeh pernah kena yang masam. Sampai tahap dah givap nak beli durian. Beli mahal-mahal, tak sempat masuk perut, masuk tong sampah dulu.
Sampai lah satu hari tu aku google tips nak pilih durian.
Ajaibnya, hampir kesemua durian yang saya beli guna tips tu menjadi. Rasa macam tak percaya. Saya cuba apply tips tu berkali-kali. Resultnya sama.
.
.
Nah, saya akan kongsikan 10 tips untuk memilih durian. Saya berani jamin tips ni buat korang puas hati.
1. Bentuk bulat.
Durian berbentuk bulat mempunyai isi yang banyak berbanding bentuk lonjong.
2. Berat durian.
Makin ringan, makin banyak isi durian. Kalau ada dua durian yang sama saiz, ambil yang paling ringan.
3. Tangkai.
Tangkai pendek dan tebal menandakan isi yang tebal dan banyak. Perhatikan juga tangkai kering atau terpotong. Tak ada tangkai, tak payah beli. Saya selalu tekan dengan kuku untuk cek tangkai lama ke baru.
4. Bunyi.
Ketuk durian dan pilih yang berbunyi padat semasa diketuk.
5. Duri.
Pilih durian yang berduri pendek dan jarang untuk isi yang padat.
6. Bau.
Hidu durian dan cari yang berbau manis.
7. Juring.
Durian berjuring lima paling ideal untuk dapatkan isi yang banyak dan besar. Makin banyak juring, makin kecil isi.
8. Kulit.
Pilih durian yang belum dikopek atau tidak merekah kulitnya. Perhatikan keadaan kulit. Kalau ada tompok hitam itu tanda isi dalamnya buruk.
9. Warna.
Dah siap pilih tu, korang minta penjual tu belah untuk rasa dan tengok isi. Kalau tak ok, minta tukar. Kulit berwarna kuning tak bermakna isinya kuning juga. Jangan tertipu.
10. Musim.
Beli durian ketika musim panas/kering. Jangan semasa hujan/lembap. Takut terbeli durian yang 'dipulas ribut'.
.
.
Harap korang boleh guna tips ni untuk pilih durian nanti. Dah masuk musim dah ni.
Ye la. Beli durian ni, yang penting puas hati. Mahal sikit pun takde hal. Asal kena dengan harga.
.
.
Azlan Noor
Pilih, beli dan makan durian
See Translation

Proteges Dr Zakir Naik dari seluruh dunia akan hadir di sidang media jam 4

Proteges Dr. Zakir Naik dari seluruh dunia akan hadir di sidang media jam 4.00pm di Hotel Putra hari ini. Kami dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur semata-mata demi sidang media ini..
"...Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa." (Surah al-Ma'idah ayat 2)
Oleh kerana ini, marilah kita mengisi borang undian ini untuk menyatakan sokongan terhadap Program Syarahan Dr Zakir Naik. Insya Allah, semoga ini merupakan usaha dan jihad kita untuk mempertahankan agama Islam yang diredhai dan dicintai.
Klik link di bawah untuk sokongan. Terima kasih.
See Translation

D U R I A N Terus terang aku cakap aku bukan ya pengemar buah durian dan aku jarang sekali makan buah durian ataupun tempoyak jus dan ais cream perisa durian walaupun musin durian

D U R I A N
=================
Terus terang aku cakap , aku bukan ya pengemar buah durian dan aku jarang sekali makan buah durian ataupun tempoyak , jus , dan ais cream perisa durian walaupun musin durian.
Sebabnya aku masih trauma lagi dengan kes makan durian. Di sebab kan durian lah aku pernah kena demam panas 2 minggu time PMR dulu. Bayangkan dalam minggu exam aku boleh kena demam panas. Sampai tak ada mood dan tak bukak buku langsung masa exam . Masuk ja dewan exam benda aku buat adalah tido, masa tu badan memang terasa panas , hilang segala ilmu 3 tahun belajar . berapa kali keluar muntah pun x igat. Dan di sebabkan makan durian dan demam lah result PMR aku memang teruk ???
Itulah kisahnya sebab apa aku tak makan durian.

Sudah lama rasa saya tidak bercerita di sini

Sudah lama rasa saya tidak bercerita di sini.
Awak nak tahu, ikut jadual asal waktu ini mungkin kapal terbang yang saya naiki sudah mula berlepas. Destinasi menuju Palembang.
Kenapa ke sana?
Ambil angin kejap. Hehe
Terbeli tiket sewaktu Air Asia menawarkan free seats. Tiket dibeli hanya RM70 return. Murah kan? Itu pertama kali saya beli tiket free seat walaupun tempat itu kurang komersial dari negara-negara lain.
Ditakdirkan saya masih di rumah saat ini. Sebentar lagi ada kelas. Ini merupakan antara faktor saya menggagalkan diri untuk hadir ke lapangan terbang pagi ini.
Antara sebab lain, lebih baik saya menabung untuk oktober ini. InsyaAllah, oktober ini akan saya berkongsi sesuatu. Persiapan masih dilakukan. Semoga anda juga bakal mendapat perkongsiannya.
Will be announce later.

12112017 JEJAK WARISAN KESULTANAN RIAU LINGGA Bismillahirahmaanirrahiim Di sini bersemayam makam Ninde dan Nende Yang Dipertuan Muda VI Raja Jaafar 1805 1832 pada masa pemerintahan Almarhum terjadi perebutan wilayah antara Belanda dan Inggeris

12112017
JEJAK WARISAN KESULTANAN RIAU - LINGGA
Bismillahirahmaanirrahiim
Di sini bersemayam makam Ninde dan Nende Yang Dipertuan Muda VI Raja Jaafar (1805-1832), pada masa pemerintahan Almarhum terjadi perebutan wilayah antara Belanda dan Inggeris. Makam Raja Lebar terletak bersebelahan (isteri) Yang Dipertuan Muda VI Raja Jaafar.
Juga terdapat makam Yang Dipertuan Muda VIII Raja Ali (1844-1857) bersebelahan makam Yang Dipertuan Muda VI Raja Jaafar.
Semoga ALLAH SWT merahmati dan semua keturonan Almarhum baik yang hidop ataupon telah tiada.
See Translation

Tipnakkurus dengan 3 jangan Akhir akhir raya ni kan biasanya tuan rumah semua berlumba lumba nak buat open house tapi tak lupa juga tuan yang kunjung rumah pun ikut sibuk berlumba nak datang satu satu open house banyaklah katakan

#Tipnakkurus dengan 3 jangan.
Akhir akhir raya ni kan biasanya tuan rumah semua berlumba lumba nak buat open house, tapi tak lupa juga tuan yang kunjung rumah, pun ikut sibuk berlumba nak datang satu satu open house, banyaklah katakan.
Lepas tu balik rumah je mula la tak sanggup nak naik penimbang tengok berat, bukan setakat naik nak tengok bayang penimbang pun seram ?
Tapi tak pe jangan risau, rayakan sekali. Lepas raya ni jom ahh kita mulakan #misikurus.
Ini dia 3 jangan tadi. Jangan lupa amalkan diet seimbang, jangan lupa bersenaman at least 3 kali seminggu, and jangan lupa sapu balm kunyit hitam Najlaa dekat perut.
"Balm ni tak macam balm biasa, dia ada minyak cili untuk lebih cairkan kahak and kurus"
Bukan ummi karang tapi Puan manis ni yang terang ?

Produktiviti kelahiran yang semankin tinggi ditambah pula dengan kepadatan penghuni kem yang ketara dan semankin bertambah dari masa kesemasa mengakibatkan sumber keperluan asas tidak sempurna dan mencukupi

Produktiviti kelahiran yang semankin tinggi ditambah pula dengan kepadatan penghuni kem yang ketara dan semankin bertambah dari masa kesemasa...mengakibatkan sumber keperluan asas tidak sempurna dan mencukupi. Kebanyakan kanak-kanak tidak bersekolah dan mewarisi tahap literasi yang rendah dalam pelbagai aspek. Mereka belajar dalam madrasah yang dhaif dan menyedihkan.....kemudahan bahan bacaan, rujukan, alatulis dan pelbagai lagi...sebut sahaja.....jawabnya mereka tiada semua itu......apa yang ada ialah semangat untuk belajar......kehadiran kami .......di IDP kem ARAKAN memulihkan semangat mereka untuk terus keluar dari kepompong kedhaifan yang bergenerasi setelah sekian lama......hulurkan bantuan...ringankan beban....infaqlah apa yang kita mampu.......kami juga mempelawa dermawan untuk mengikuti MISI akan datang sekiranya anda mempunyai cita-cita untuk membantu mereka........
Sumbangan anda boleh disalurkan ke : www.rohingyafund.com
Ar-Rajhi Bank : 154001880630441

Cerita harini 31 Ogos 2017 4 50 am berjalan kaki ke sebuah masjid berdekatan beberapa ahli jamaah masjid kelihatan fokus ke arah saya maklumlah kulit putih agak berbeza dengan warna kulit umat islam tempatan yg rata ratanya gelap haha

Cerita harini....... 31 Ogos 2017 ....4.50 am..... berjalan kaki ke sebuah masjid berdekatan..... beberapa ahli jamaah masjid kelihatan fokus ke arah saya..... maklumlah kulit putih .... agak berbeza dengan warna kulit umat islam tempatan yg rata ratanya gelap......haha.....
Salah seorang menyapa...... Malaysia ???.......biasanya orang menyangka saya dari China atau Korea....hehe......rupanya mereka terlihat "Jalur Gemilang" tertera di sisi lengan kanan saya......
Lepas solat subuh tak kurang dari 4 orang mengheret saya untuk dibelanja sarapan paling enak di Myanmar......saya katakan pada mereka saya tidak membawa wang hanya memakai DONGI ..../ kain pelikat....
Tapi dipaksa juga untuk dijamu sarapan pagi ini...... Allahuakbar
Next time: kibarkan walau di mana anda berada......
#rezekijalurgemilang
#negaraku