daengazzli.com

Arkib 11/2018

Allah

Allah ... Telah mudah apa terasa susah sebelum ini. Caranya guna WhatsApp minta tolong betui dak Keirun Khairun . Beliau telah bantu kumpulkan 55 set alatulis. Maka selepas hanya fokus baju dan kasut sahaja.
Jom sahabat lagi 14 set belum ditapau.

Sahabat yang tengah diuji dengan apa pun ujian

Sahabat yang tengah diuji dengan apa pun ujian, bertahan lah kerana dalam semua ujian ada sangat banyak kebaikanSahabat yang tengah diuji dengan apa pun ujian, bertahan lah kerana dalam semua ujian ada sangat banyak kebaikan

Bismillahirrahmanirrahim, * SCHOOL AID 2017 * UPDATE * 30 OKTOBER 2017 *, Maaf anak-anak

Bismillahirrahmanirrahim
* SCHOOL AID 2017 * UPDATE * 30 OKTOBER 2017 *
Maaf anak-anak.
.
Dengan berat hati, kami membuat keputusan ini. Sedikit sebanyak akan merencatkan juga jiwa-jiwa yang telah mendengar kami ini berkata melalui guru-guru mereka. Mereka telah terima sebagai janji. Yang berjanji kini terpaksa mungkir.
.
Sungguh kami mohon maaf 55 anak-anak yang penuh harapan bahawa kami tak dapat nak memenuhi hasrat awal untuk membeli beg sekolah yang berkualiti supaya kamu boleh menggunakannya lebih dari setahun.
.
Maaf ya anak-anak.
.
Dengan itu nilai satu set "Schoolaid" telah disusutkan menjadi RM150 sahaja.
.
Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa letak RM250 di awal cerita kempen? Jawabnya begini. Kami ini berangan nanti di hujung kempen, setelah penyerahan dibuat mestilah ada lebihan. Boleh lah diguna untuk membantu anak orang lain pula beli buku sekolah atau lunaskan yuran tertunggak.
.
Nampaknya angan itu tak mahu turun dari kayangan yang terawang-awang. Nak kekal di situ. Mungkin akan turun menjadi rezeki orang lain menyelesaikannya.
.
Maaf lagi. :(
.
Okaylah. Tak boleh nak sedih bersarang di hati lama-lama sangat. Nanti habis hilang mood nak terus cari baki 14 set yang belum disambar penaja.
.
14 ini terdiri daripada 10 anak asnaf di Pulau Pinang dan 4 orang anak-anak rakan sukarelawan kami, arwah Kak Monzarena Zakaria yang telah pergi awal bulan Oktober ini.
.
Mohon sahabat kasihankan mereka. Miskin satu hal. Kehilangan ibu dan bapanya sedang berjuang mencukupkan keperluan keluarnya yang besar.
.
TOLONGLAH SHARE. Please. Bukan tolong kami. Tapi tolong SHARE demi anak-anak tersebut.
#schoolaid2017 #gooddeedskedah

Mood nak buat pop up book mai balik

Mood nak buat pop up book mai balik. Nak try buat atas buku cerita yg dah ada.
Tatau jadi apa. Moga dia keluaq comel macam The Good Dinasaur tu
#fitrakidsstudioalorsetar
#studiokertassuperdinasaur

Program cuti sekolah 2017,

Program cuti sekolah 2017
. Anak-anak bertuah. Jom belajar guna cara yang best ni.
.
Bapak-bapaknya kalau segan nak tanya saya boleh pm Ustaz Nasrul Ustaz Kartun
.
Teacher Fa Sharifah Nur Farah pun available InsyaAllah

Sahabat, ini pilot project kami dalam nak membantu keluarga kurang mampu

Sahabat, ini pilot project kami dalam nak membantu keluarga kurang mampu. Nampak positif sangat projek. Terutama dari segi sikap anak bertiga ini. Doakan kami bantu keluarga lain pulak tahun depan. Sebab tahun ni nak selesaikan #schoolaid2017 yang masih jauh dari sasaran.
.
#knowledgeempower #sandro memang macam Melayu terkejut makcik ⚽⚽

Bismillahirrahmanirrahim,

Bismillahirrahmanirrahim
.
Dah jumpa kotaknya. 55 set RM350 untuk isi semua barang #schoolaid2017
Terima kasih Dr Shahrul Mizan Ismail sebab rekomen.
.
Sahabat yang sudi sponsor, pm atau WhatsApp saya 0193252075

Bismillahirrahmanirrahim

Bismillahirrahmanirrahim.
.
Dengan sokongan sahabat, selama 43 hari berjuang di platform Facebook dan Instagram, kami berjaya mendapatkan hampir lengkap 13 set persekolahan untuk anak-anak sekolah rendah yang telah terpilih. Namun jumlah anak-anak dalam senarai bakal penerima berjumlah semua 55 orang. Bermakna 42 lagi belum ada keperluan apa-apa bagi menghadapi musim baru persekolahan.
.
Anak-anak miskin ini, dah miskin. Rendah diri. Nak ke sekolah tapi takdak rupa nak ke sekolah, sanggup dia tak ke sekolah. Malu. Keperluan sekolah yang baharu memberi mereka sedikit rasa yakin diri bahawa mereka juga boleh ke sekolah dengan rupa "budak sekolah" lain yang ada-ada.
.
Saya tahu keadaan ekonomi tidak bagus. Harga barang yang naik tak mahu turun dah. Kalau saya mohon sahabat RM3 SEORANG. Bukan RM10 bukan RM100. Tapi RM3. Daripada semua lebih 2 ribu Friends. Bagi mendapatkan RM6000. Boleh tak?
Jumlah semasa RM 3.180
hanya cukup untuk 13 set #schoolaid2017
Baki diperlukan RM 10.570
Total diperlukan RM13.750

Esok mula misi menelefon 87 syarikat yang Gooddeeds Malaysia kalau-kalau ada yang sudi menaja baki #schoolaid2017

Esok mula misi menelefon 87 syarikat yang Gooddeeds Malaysia kalau-kalau ada yang sudi menaja baki #schoolaid2017 .
.
Angka ini ada hasil emel kertas kerja kepada 300 bumiputera bawah Teraju. Baki 213 tu semua bounce balik sebab sama ada alamat emel palsu, domain tak wujud.
.
Masih awal untuk kecewa walau belum ada satu yang respon.
Saya yakin kuasa marhaen yang namanya orang Malaysia ini masih padu dalam hal memberi.
InsyaAllah.
#gooddeedsmalaysia #gooddeedskedah

Puan TV suruh bukak tv lain

Puan TV suruh bukak tv lain.
Kesian kita hat minat hoki. Time kita menjerit tengok hoki, Ada ka patut dia kata kita kerek. Dia tengok menjerit bergegaq tiang takpa no.