daengazzli.com

Arkib 10/2018

Bismillah

Bismillah.
Apabila kita merasa bahawa ada orang-orang tertentu yang berfikir kita tidak mampu mendidik anak, maka itu akan menganggu fokus kita dalam mendidik anak.
*Pegang 'remote' hidup kita sendiri, jangan sesekali letak di dalam saku orang.

Bismillah

Bismillah.
Sekadar perkongsian dipanjangkan sekadar renungan bersama ;-)|
Terkadang berdiskusi (Sembang Kencang) dengan Tuan suami untuk tip top buku 'kewangan' akan datang. Salah satu antara topik panas kami bincangkan,
"Ada kalanya orang yang banyak GAYA bukan bermakna mereka banyak DUIT, boleh jadi mereka banyak HUTANG." ?

Bismillah

Bismillah.
Pesan Sifu Penulisan hamba, Tuan Shamsuddin Kadir yang tidak pernah jemu memberi semangat dan sokongan |
"Satu kali kita berbicara, Seribu kali kita harus bekerja. Sebaliknya Bukan seribu kali kita berbicara satu kali kita bekerja." ;-)
*Buang Sifat Menunda (bertangguh)
*Buang Sifat Bercakap Besar
*Buang Sifat Malas
*Buang Sifat bersungut / mengeluh ?

Bismillah

Bismillah.
Terkadang salah satu, penyebab pada sesuatu MASALAH itu berlaku juga boleh menjadi besar atau kecil hanyalah disebabkan dari pemilihan kata-kata.
*Hati-hati walaupun dari sepatah bicara ?
#Psikologi_Perkahwinan

Bismillah

Bismillah.
Kaya Di Mata Manusia |
"Ramai orang boleh beli jam yang tinggi harganya, namun belum tentu mereka dapat menghargai masa, termasuk datang ke mesyuarat ataupun temujanji tetap pada masanya." ~ Shamsuddin Kadir
#Psikologi_Kewangan

Bismillah

Bismillah.
Sekiranya kita merasa bebanan hidup kita lebih berat dari orang lain. Maka sesungguhnya, Allah itu lebih Maha Mengetahui, bahawa kita lebih KUAT dari orang lain.
#SubhanaAllah #Alhamdulillah.

Bismillah

Bismillah.
Hati-hati sekiranya ada yang datang mencari telinga kita untuk mendengarkan keluhan tentang rumahtangga mereka atau orang lain. Kerana ada di antara mereka yang datang bukan hanya untuk meminta nasihat yang baik, bahkan ia datang menganggu ketenangan dan kebahagiaan kita.
#Psikologi_Perkahwinan

Bismillah

Bismillah.
Alhamdulillah selamat bersalin |
Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah saya telah selamat melahirkan bayi perempuan dengan berat 2.8kg, pada 5.05 pm, Ahad 18/10/15.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang mendoakan kami. Hanya Allah yang mampu membalasnya.

Bismillah

Bismillah.
Tidak ada orang yang tahu sedalam mana poket seluar kita. Poket seluar kita dengan poket seluar orang tahap kedalamannya dan isinya tidak sama.
Maka, kita tidak boleh memaksa orang lain untuk ikut cara kita berbelanja seperti kita ataupun sebagaimana apa yang kita inginkan.
#Psikologi_Kewangan.

Bismillah

Bismillah.
Tidak ada orang yang boleh meneka (menguga-duga) hati dan fikiran pasangannya walaupun telah bersamanya dalam waktu yang cukup lama.
Katanya, "Jangan meneka dan menduga-duga, sekiranya ia menimbulkan hati dan fikiran yang tidak baik untuk rumah tangga."
*Hanya Dia (Allah) yang Maha Mengetahui.
#Psikologi_Perkahwinan