daengazzli.com

Arkib 07/2018

Pada mulanya Pakatan Harapan mensasarkan 100,000 akan hadir demo mereka di Padang Timur

Pada mulanya Pakatan Harapan mensasarkan 100,000 akan hadir demo mereka di Padang Timur.
Selepas tamat demo, mereka umumkan 25,000 hadir, 75% lebih rendah daripada jangkaan asal mereka manakala Malaysiakini menganggarkan paling tinggi 8,000 sahaja yang hadir iaitu 92% lebih rendah daripada jangkaan.
Pantauan yang dibuat pihak media menyimpulkan bahawa demo ini tidak mendapat sambutan golongan muda.
Terbaru mereka “menyalahkan” cuti sekolah dan Deepavali yang hampir tiba sebagai punca kenapa tidak ramai menghadiri demo tersebut.
Ini namanya tak boleh terima hakikat. Tak boleh terima kenyataan bahawa demo ini tidak berjaya. Macam-macam tarikan dibuat - gerai, food truck, persembahan kebudayaan tapi tetap tak mendapat sambutan.
Boleh pula nak salahkan cuti sekolah dan Deepavali? Adakah ini bermaksud bahawa majoriti rakyat Malaysia lebih berminat bercuti daripada “sayangi” Malaysia? Bukankah rakyat Malaysia terbeban dengan kenaikan kos sara hidup, nak beli barangan asas pun tak mampu - tapi mereka boleh bercuti di luar kawasan bandar?
Atau sebenarnya rakyat sudah muak dengan retorik yang diulang-ulang oleh pembangkang? Bukankah lebih baik meluangkan masa bersama keluarga, beriadah sempena Hari Sukan Negara daripada membazir masa menyertai himpunan yang hanya bertujuan memanjangkan cita-cita politik individu-individu tertentu di atas pentas tempoh hari?
Saya rasa golongan muda sekarang lebih bijak menilai yang mana baik dan tidak baik untuk mereka.
Saya tak hairan kalau pembangkang akan menghina golongan muda sebagai tidak sayang Malaysia, ignorant, tidak peduli dan sebagainya.
Yang tidak hadir ke himpunan pembangkang adalah mereka yang betul-betul sayang kepada negara. Kerana mereka tahu Malaysia lebih besar daripada segelintir individu dan parti politik. Malaysia lebih besar daripada sebuah syarikat.
Ada banyak cara untuk menzahirkan rasa sayang kepada negara. Menyebarkan fitnah, kepalsuan dan kebencian bukanlah salah satu caranya.
Rujukan:
1. Harapan Sasar 100,000 demo anti-kleptokrat: https://m.malaysiakini.com/news/394795
2. Himpunan antikleptokrat tamat, penganjur dakwa 25,000 hadir: https://m.malaysiakini.com/news/394795
3. Lower youth turnout at anti-kleptocracy rally bad sign for Harapan: https://m.malaysiakini.com/news/398409
4. School holidays affect rally turnout, says Amanah No 2: https://m.malaysiakini.com/news/398460
#SayangiMalaysia #HapusKebodohan

Someone can be a chartered accountant but at the same time doesn't have a grasp on economics and public (government) finance

Someone can be a chartered accountant but at the same time doesn't have a grasp on economics and public (government) finance.
Rafizi Ramli is a living example of that.
Our Finance Minister II Johari Abdul Ghani on the other hand, is a chartered accountant, former corporate chieftains and managing directors of public listed companies, a turnaround specialist and has decades of corporate experience under his belt.
Rafizi Ramli once called Johari Ghani as someone who doesn't understand economics and it turned out it was Rafizi who's really an economic and finance illiterate: https://www.facebook.com/mohdsyahir21/posts/10213572543805946
Read an exclusive interview as how Johari Ghani's accountancy career paved way to his role as Second Finance Minister here: http://www.accaglobal.com/…/…/2017/10/interviews/dsj-ag.html
This is someone aspiring accountants should look up to. Not the other guy who only knows how to manipulate figures and facts knowing that the uninformed would believe him no matter what.

Kelakar bila tengok DAP panas bontot bila ada ura-ura Tan Sri akan join 3 lagi bekas MB Selangor untuk berkempen di Selangor

Kelakar bila tengok DAP panas bontot bila ada ura-ura Tan Sri akan join 3 lagi bekas MB Selangor untuk berkempen di Selangor.
EXCO DAP Teng Chang Kim mengugut akan mendedahkan kelemahan peribadi dan tadbir urus Tan Sri Khalid semasa beliau Menteri Besar dulu.
Mungkin Teng Chang Kim lupa Rafizi dan Saifudin Nasution pernah minta maaf di dalam mahkamah kerana mengeluarkan dokumen bersifat fitnah untuk menjayakan Kajang Move: http://www.freemalaysiatoday.com/…/pkr-minta-maaf-fitnah-k…/
Jadi saya cadangkan Teng Chang Kim sila dedahkan ”kelemahan” Tan Sri Khalid secepat yang mungkin. Sebenarnya kalau DAP telus masa Tan Sri Khalid masih MB mereka dah dedahkan. Bukan bila dah ada ura-ura macam ni baru nak dedahkan.
DAP paling takut jika UMNO dan PAS bekerjasama, apatah lagi kalau Tan Sri Khalid jadi penghubung kepada PAS - UMNO. Seorang bekas MB berkebolehan mentadbir negeri.

Oktoberfest pernah tidak dapat lesen di Glasgow apabila polis dan perniagaan tempatan membantah ianya diadakan atas sebab keselamatan awam dan lokasi

Oktoberfest pernah tidak dapat lesen di Glasgow apabila polis dan perniagaan tempatan membantah ianya diadakan atas sebab keselamatan awam dan lokasi.
Di Singapore pula ada undang-undang tidak benarkan arak dibeli dan diminum di tempat awam dari 10:30 malam sehingga 7:00 pagi.
Kalau ikut logik CM Lim Guan Eng, Scotland dan Singapore adalah Taliban states atau negara Taliban.
Bayangkan kalau Malaysia perkenalkan undang-undang yang sama macam Singapore. Setiap hari la DAP akan zikir Malaysia negara Taliban.
Main gendang tepi surau masa orang tengah solat tu contoh negara apa pulak agaknya?
Rujukan:
1. No licence for Oktoberfest beer event in Glasgow: http://www.bbc.com/news/uk-scotland-glasgow-west-37550619
2. Singapore Alcohol Law: http://www.straitstimes.com/…/what-you-can-or-cannot-do-und…
3. Penganjur mohon maaf pukul gendang waktu solat isyak: http://www.freemalaysiatoday.com/…/penganjur-mohon-maaf-pu…/

Pakatan pembangkang yang terdesak sanggup menggunakan gambar Mufti Wilayah Dr Zulkifli alBakri untuk menarik sokongan orang ramai di dalam program...

Pakatan pembangkang yang terdesak sanggup menggunakan gambar Mufti Wilayah Dr Zulkifli alBakri untuk menarik sokongan orang ramai di dalam program mereka yang sedia maklum tidak mendapat sambutan.
#SayangiMalaysia #HapusKebodohan

Video parodi propaganda DAP menghina intelek orang ramai

Video parodi propaganda DAP menghina intelek orang ramai. Dah la tak kelakar, fakta pun salah: https://www.facebook.com/cmlimguaneng/videos/10155706120669192/
Apa yang lelaki di dalam video tersebut order semuanya barangan GST berkadar sifar. Air kosong, limau, nasi (beras), telur, ayam.
Yang kena GST adalah bila dia makan di restoran. Perkhidmatan restoran tersebut kena GST.
Sebelum GST dilaksanakan pada 2015, restoran-restoran sudah pun mengenakan cukai perkhidmatan (service tax) 6%.
Sudah tentu DAP takkan jelaskan semua ini. Apa yang mereka mahu, menyalahkan GST. Biar fakta putar belit, biar menipu asalkan rakyat percaya.
Paling tak boleh blah Lim Guan Eng like video yang dia sendiri post.
Sayangi Malaysia. Hapuskan Kebodohan.

Skrip sama diulang-ulang setiap kali pilihanraya

Skrip sama diulang-ulang setiap kali pilihanraya. Bila kalah tuduh ada penipuan, ada bangla mengundi, ada black-out lepas tu ajak rakyat turun jalan raya.
Dulu tahun 1999 Dr. Mahathir bin Mohamad pernah dituduh bawa masuk pengundi hantu melalui bas untuk menangkan BN. Sekarang pembangkang tak tanya Mahathir ada guna pengundi hantu atau tak dulu? Malah Mahathir juga pernah tuduh pembangkang guna pengundi hantu: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp…
Kalau betul pilihanraya tipu macam mana pembangkang boleh menang di Selangor dan Pulau Pinang? Pernah dengar BN merungut rungut kalah di Selangor & Pulau Pinang sebab tipu?
Percayalah cakap saya, pembangkang akan berzikir "pilihanraya ini paling kotor dalam sejarah". Ya setiap kali pilihanraya akan jadi paling kotor sejarah selagi mereka tak menang.
Bankrap moral dan idea.
Selamatkan diri sendiri daripada kebodohan sebelum nak selamatkan negara daripada kleptokrasi yang kau tak tau apa maksud pun.

Daripada join perhimpunan tak berfaedah yang rata-rata tak faham apa maksud perhimpunan tu sendiri lebih baik jadi sukarelawan Expo Negaraku

Daripada join perhimpunan tak berfaedah yang rata-rata tak faham apa maksud perhimpunan tu sendiri lebih baik jadi sukarelawan Expo Negaraku.
Sama-sama jadi sebahagian daripada Expo yang akan memaparkan pencapaian Malaysia dari segi pembangunan, projek-projek infra yang sedang berjalan dan bakal dilaksanakan.
Syarat-syarat asas:
> Berumur 21 - 39 tahun
> Boleh menggunakan pengangkutan awam
> Berkebolehan bertutur dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris (Mandarin dan Tamil dialu-alukan)
> Berminat memaklumkan dan menyampaikan kepada orang ramai tentang pembangunan negara
> Boleh memberi komitmen dari 15 November hingga 15 Disember 2017
Berminat? Jemput klik https://buff.ly/2ycOUkq
#ExpoNegaraku

Dah 10 hari berlalu drama tolak tawaran Oxford sehingga harini Syed Saddiq masih belum buat laporan SPRM tentang tuduhan beliau ditawar suapan...

Dah 10 hari berlalu drama tolak tawaran Oxford sehingga harini Syed Saddiq masih belum buat laporan SPRM tentang tuduhan beliau ditawar suapan bernilai RM5juta.
Lim Guan Eng yang sudah didakwa di mahkamah atas tuduhan terima rasuah dah suruh dia buat laporan, Hamidah Osman bekas naib Presiden PPBM dah suruh lapor SPRM dan SPRM sendiri dah suruh buat laporan.
Ini bukannya debat olok-olok zaman sekolah dah universiti boleh reka cipta fakta. Ini tuduhan serius yang sampai sekarang belum ada bukti dikemukakan.
Dah tuduh orang cuba rasuah, pergilah buat laporan. Jangan jadikan cita-cita nak bertanding parlimen tu sebagai lesen untuk reka cerita.

Tahukah anda:, - 97

Tahukah anda:
- 97.9% isi rumah di Malaysia memiliki telefon bimbit
- 84.7% isi rumah di Malaysia memiliki kereta
- 76.0% isi rumah di Malaysia mempunyai langganan internet di rumah
- 70.1% isi rumah di Malaysia mempunyai langganan siaran TV berbayar
Sungguh tertindas rakyat Malaysia.
Rujukan:
Laporan Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas 2016: https://www.dosm.gov.my/v1/index.php…